Skip to main content

KENALI 6 MASALAH ASAS KULIT BAYI


Kulit bayi begitu sensitif pada awal kelahiran. Anak-anak ummi juga tak terlepas dari masalah kulit ini. Selalunya anak - anak umi akan terkena ruam panas dan ruam lampin. Alhamdulillah selepas menjaga bayi dengan baik, anak bebas masalah kulit.

Lazimnya, ada 6 masalah asas kulit yang baru lahir. Jom ikuti panduan penjagaan kulit bayi dengan cara yang betul.

1. RUAM PANAS
Ruam panas dikenali sebagai miliria mengikut term perubatan. Ruam panas pada kulit bayi baru lahir biasanya berlaku akibat sinaran cahaya matahari dan persekitaran yang panas- lembap. Dalam cuaca panas, pori- pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah sakan jerawat kecil. Ia boleh dilihat sekitar leher, bawah ketiak, celah peha, lipatan kaki dan dahi.

Ruam panas boleh menyebabkan bayi merasa rimas, pedih dan gatal.

Sebaik- baiknya ibu boleh elakkan bayi terdedah dengan cahaya matahari buat seketika. Jika keluar di siang hari, seeloknya ibu membawa selimut yang bertopi. Ibu boleh letakkan bayi di persekitaran sejuk, tanggalkan baju dan pakaikan pakaian yang diperbuat dari kapas kerana ia memberi pengudaraan yang baik pada badan bayi. Elakkan menggunakan fabrik sintetik seperti polister atau nilon yang memerangkap panas.

Ibu juga boleh mandikan bayi ibu dengan air suam serta sejukkan kawasan kulit yang terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah.

Penggunaan losyen, atau balm skeenz (Tasneem Naturel) yang bebas kimia berbahaya sesuai untuk menghindari masalah ini.

2. RUAM LAMPIN
Ruam lampin seringkali menjadi kerisauan ibu pasa bayi baru lahir. Ia adalah perkara biasa berlaku pada bayi yang berumur linkungan 9- 12bulan. Kadangkala bakteria atau jangkitan yis akan menyebabkan ruam lampin.

Kulit punggung bayi akan menjadi kemerah-merahan dan kadangkala berbintik halus dan merah untuk jangka masa tertentu. Ia terjadi kerana lampin atau pamper lambat ditukar, dipakai terlalu lama atau pamper yang tidak berkualiti.

Jika kesan ini muncul, sapuan balm skeenz diperlukan. Ia mengandungi vitamin e, argan oil dan shea butter yang elok untuk mengurangkan iritasi dan memberi kelembapan pada kulit bayi.

3. EKZEMA
Ia merujuk masalah kulit yang mempunyai dermatitis iatu kemerahan, kuping, dan bengkak. Ia berlaku pada bahagian muka, tangan dan kaki serta badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk jika tidak mendapat rawatan.

Ekzema tidak boleh dipulihkan dengan hanya secara sapuan luaran tapi kena seiring dengan pemakanan dan persekitaran. Ia boleh dipulihkan dengan rawatan yang sesuai.

4. KULIT KERING
Kulit kering biasanya bersisik. Bayi baru lahir tak terlepas dengan masalah sebegini. Ia berlaku pada bahagian punggung atau lengan. Ia tidak berbahaya dan akan hilang apabila bayi berusia 4 hingga 6 bulan.

Ibu kena selalu lap bahagian kulit yang kering dengan kain yang bersih. Manakala pada bahagian yang bersisik boleh sapukan balm atau losyen yang sesuai dengan pH kulit bayi. Ibu juga boleh mandikan atau berendam bayi yang akan menambahkan kelembapan pada kulit bayi yang kering.

5. KERAK KEPALA
Kerap kepala atau cradle cap terjadi pada kepala bayi. Ibu akan melihat kulit kepala bayi menjadi kelemumur, bersisik, berminyak, kuning dan berkuping.

Untuk rawatannya, ibu hanya perlu menggosok dengan lembut dengan minyak khas bayi atau minyak zaitun. Pastikan anak bebas alergik dengan mana mana minyak. Rambut bayi dibasuh secara kerap dengan lembut menggunakan syampu khas yang tiada pewangi atau bahan sintetik kima berbahaya. Ibu boleh guna berus, sikat rambut bayi untuk menanggalkan kepingan kerak.

Jika teruk, ibu perlu membawa bayi untuk rawatan lanjut dengan doktor.

6. MILIA
Milia (white spot) dikenali sebagai bintik-bintik putih kecil. Ia selalu berada di sekitar hidung, dagu, atas mulut dan pipi.

Milia biasanya terjadi pada bayi seawal satu hingga 2 hari selepas kelahiran. Ibu ibu jangan khuatir akan hal ini kerana biasanya ia tidak serius dan akan hilang dalam masa beberapa minggu sahaja. Ia juga tiada rawatan khusus untuk menghilangkannya.



Ibu yang mempunyai anak - anak yang mengalami masalah sebegini jangan risau. Bersabar dan biar ia hilang dengan sendirinya dengan cara semulajadi kecuali ekzema yang memerlukan penjagaan yang rapi dan terkawal. Rujuklah dengan pakar kulit atau doktor jika ibu menemui tanda-tanda yang agak teruk dan berpanjangan.

Insyallah semoga info ini membantu ibu mengatasi masalah yang dihadapi.

Jika ibu nak standby balm Skeenz Tasneem Naturel, boleh dapatkan dari ummi.




Umi Masrurah,
Kurang selesa & gatal jika ada masalah kulit

Comments

Popular posts from this blog

SET BABY SPA TASNEEM

BABY SPA SET Kalian pernah dengar tak tentang baby spa? Ala kedai baby spa di shopping mall selalu ada. Ummi tak bekesempatan nak bawa anak anak ummi berspa di situ. Banyak kelebihan baby spa tu tau rupanya. Bayi akan dimandikan dalam bath tub khas dan bayi akan diurut secara esklusif. Wah dah macam mak berspa lepas bersalin. Mesti syok kan? Bayi pasti rasa selesa dan tidak meragam. Ha disebabkan tak semua ibu mampu nak bawa bayi berspa di shopping mall, Tasneem Naturel bakal nak keluarkan SET BABY SPA TASNEEM tau. Sekarang baby pun boleh berSPA dari rumah. Ada tiga unit penting dalam SET BABY SPA TASNEEM 1. Head To Toe 2. Massage Oil 3. Lotion Yang penting ia natural dari plant based. Tiada SLES. Tiada bahan bahan kimia petroleum. So tak perlu ragu - ragu. Ia boleh dikatakan set kelengkapan bayi yang cukup untuk penjagaan kuli bayi. 3 CARA PENGGUNAAN BABY SPA SET 1. Mandikan bayi dengan Head To Toe secara lembut. Dalam head to toe ini ada...

Minyak Pati Lavender

🌸 Minyak pati lavendar 🌸 Dulu ummi tak berapa suka bau lavender ni tau. Mungkin terbiasa bau yang sintetik punya kot. Tapi dah berubah bila bau sleep time balm. Dalam tu kan ada eo lavender. Bau yang harum dan  perlahan perlahan buat kita rasa rileks.  Bila relaks dan hormon tak terganggu. Automatik bila nak tidur terus mengantuk. So far memang membantu anak anak akak rileks dan tenang sebelum tidur. Kan bagus bila diorang tidur dalam mood yang baik. Hihi Apa fungsi minyak pati lavender?  Minyak pati lavender membantu : 🍃memperlahankan sistem saraf,  🍃memberi rasa relaks, meningkatkan mood bagi mereka yg mengalami masalah tido serta meningkatkan kualiti tidur 🍃mood yg lebih stabil dan penumpuan yg lebih baik. Berminat untuk dapatkan balm Tasneem. Sila hubungi terus di link ini. Whatsapp/ SMS :  013-5157172    Facebook :  Masrurah Hairudin Page:  Ummi Kids Nature IG:  Tasneem N...

PETUA MEMBANTU ANAK KEBAH DARI DEMAM

Ibu - ibu tahu tak salah satu petua untuk bantu anak kebah dari demam ialah  'SUP TULANG AYAM' Sup ini favourite anak anak saya. Siap dihirup supnya sampai licin.  Tak semestinya ayam, sup tulang lembu atau kambing pun depa suka. Janji sup.  Sup ini la juga penawar yang dah lama di amalkan oleh orang tua kita untuk merawat demam dan batuk anak kecil, kanak- kanak dan orang dewasa macam kita. Fakta: Ekstrak daripada tulang haiwan ini mengandungi 19jenis asid amino beserta bahan padat nutrisi yang mudah diserap oleh badan kite. Yang bestnya bagi ibu yang bekerja atau surirumah, sup tulang ini boleh buat stok di rumah. Simpan dalam freezer. Bila nak masak bubur anak anak, masukkan saja cube sup tulang ini. Jangan lupa buat ya! Jom bantu anak dengan bahan dari dapur sahaja. Semoga anak yang tidak sihat cepat baik dan ceria. Sambil buat sup tulang tu bagi anak-anak makan, ummi akan standby balm CF- Rub. Ummi akan kerap sapu pada badan dan tapak kaki dia.  ...