Skip to main content

5 TIP ANAK KE TADIKA

Hari ini sudah masuk tahun baru 2019. Ada ibu bapa yang baru nak masukkan anak ke tadika?

Bagaimana persediaan ibu bapa untuk menghadapi ragam anak di hari pertama persekolahan?Mesti resah kan. Jangan risau.

Ini saya kongsikan beberapa tips yang saya lakukan :

1. Perjumpaan pertama
Ibu bapa perlu menghadiri majlis perjumpaan pertama kali yang dianjurkan oleh pihak tadika untuk sesi perkenalan bersama guru-guru dan kakitangan serta premis tadika tersebut sebelum memasuki tahun baru persekolahan.

2. Sentiasa berpesan
Berpesan dan berbualah dengan anak-anak mengenai keseronokan di tadika. Kenali minat anak-anak dan kaitkan suasana tadika dengan perkara yang diminati oleh anak-anak.

3. Beri galakan
Galakkan anak-anak untuk hadir ke minggu orientasi di tadika bagi memberi anak-anak pendedahan awal mengenai tempat belajar, guru dan kawan-kawan barunya.

4. Beri masa guru memujuk
Jika pada hari pertama, anak -anak menangis ketika dihantar untuk berorientasi di tadika, beri masa kepada guru-guru untuk memujuk dan mendekati anak-anak.

5. Beri ganjaran
Beri ganjaran anak yang berjaya menamatkan seminggu pertama sesi pembelajaran di tadika. Antara ganjaran yang sesuai kepada anak- anak termasuklah ucapan pujian, pelukan, bawa berjalan-jalan dan membelikannya hadiah yang sepatutnya.

Semoga dipermudahkan urusan ibu bapa semua❤️



Umi masrurah,
Suka kongsi pengalaman

Comments

Popular posts from this blog

PETUA MEMBANTU ANAK KEBAH DARI DEMAM

Ibu - ibu tahu tak salah satu petua untuk bantu anak kebah dari demam ialah  'SUP TULANG AYAM' Sup ini favourite anak anak saya. Siap dihirup supnya sampai licin.  Tak semestinya ayam, sup tulang lembu atau kambing pun depa suka. Janji sup.  Sup ini la juga penawar yang dah lama di amalkan oleh orang tua kita untuk merawat demam dan batuk anak kecil, kanak- kanak dan orang dewasa macam kita. Fakta: Ekstrak daripada tulang haiwan ini mengandungi 19jenis asid amino beserta bahan padat nutrisi yang mudah diserap oleh badan kite. Yang bestnya bagi ibu yang bekerja atau surirumah, sup tulang ini boleh buat stok di rumah. Simpan dalam freezer. Bila nak masak bubur anak anak, masukkan saja cube sup tulang ini. Jangan lupa buat ya! Jom bantu anak dengan bahan dari dapur sahaja. Semoga anak yang tidak sihat cepat baik dan ceria. Sambil buat sup tulang tu bagi anak-anak makan, ummi akan standby balm CF- Rub. Ummi akan kerap sapu pada badan dan tapak kaki dia.  ...

SET BABY SPA TASNEEM

BABY SPA SET Kalian pernah dengar tak tentang baby spa? Ala kedai baby spa di shopping mall selalu ada. Ummi tak bekesempatan nak bawa anak anak ummi berspa di situ. Banyak kelebihan baby spa tu tau rupanya. Bayi akan dimandikan dalam bath tub khas dan bayi akan diurut secara esklusif. Wah dah macam mak berspa lepas bersalin. Mesti syok kan? Bayi pasti rasa selesa dan tidak meragam. Ha disebabkan tak semua ibu mampu nak bawa bayi berspa di shopping mall, Tasneem Naturel bakal nak keluarkan SET BABY SPA TASNEEM tau. Sekarang baby pun boleh berSPA dari rumah. Ada tiga unit penting dalam SET BABY SPA TASNEEM 1. Head To Toe 2. Massage Oil 3. Lotion Yang penting ia natural dari plant based. Tiada SLES. Tiada bahan bahan kimia petroleum. So tak perlu ragu - ragu. Ia boleh dikatakan set kelengkapan bayi yang cukup untuk penjagaan kuli bayi. 3 CARA PENGGUNAAN BABY SPA SET 1. Mandikan bayi dengan Head To Toe secara lembut. Dalam head to toe ini ada...

Pengedar Sah Tasneem Naturel Bandar Baharu

Assalamualaikum. Hai, nama saya Wan Masrurah, pengedar sah Tasneem Naturel di bahagian kedah, iaitu Bandar Baharu. Tetapi saya available di 3 negeri tau. Ini kerana saya tinggal bersempadan 3 negeri .  Inilah kedai online saya. Boleh follow ok. Kedai shopee pula still under construction. Bagi yg tinggal area parit buntar, bandar baharu atau nibong tebal, jika ingin mencuba dapatkan produk Shaklee secara COD, boleh hubungi sy terus melalui WhatsApp 013-5157172. Bukan saja COD, tapi boleh pos ke seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Setiap belian produk Tasneem Naturel dengan saya, anda layak dapatkan KONSULTANSI SECARA PERCUMA! Dari cara penggunaan balm Tasneem yang betul dan extra TIPS lain. Jika berminat untuk dapatkan balm  Tasneem Naturel , boleh hubungi : Whatsapp/ SMS :  013-5157172    Facebook :  Masrurah Hairudin Page:  Ummi Kids Nature IG:  Tasneem Naturel Kedah ID Tasneem N...