Skip to main content

CARA MEMBANTU MENCAIRKAN KAHAK BAYI DAN KANAK-KANAK


"Anak saya yang berumur 1 tahun 3 bulan mengalami jangkitan di saluran pernafasan dan ini menyebabkan dia mengalami batuk-batuk dan tidak boleh tidur dengan lena pada waktu malam. Setiap kali dia batuk saya dapat dengar bunyi kahak tetapi ia tidak mampu dikeluarkan".

Kahak yang banyak memang merisaukan ibu bapa. Anak seringkali menangis kerana tidak selesa dengan mukus yang banyak dalam rongga pernafasan. 

Ummi ingin kongsikan beberapa cara untuk membantu mencairkan kahak dengan cara yang selamat dan berkesan.

1. Terapi stim
Terapi stim sangat membantu untuk mencairkan kahak. Anda mungkin pernah mendengar bahawa rawatan stim boleh membersihkan kahak dan kesesakan. Selain daripada stim, anda boleh menggunakan humidifier atau pelembap kabus . Anda boleh memakai humidifier dengan selamat sepanjang hari. Anda hanya perlu memastikan bahawa air perlu ditukar setiap hari dan bersihkan humidifier anda mengikut arahan pakej.

2. Minum air secukupnya
Minum air yang mencukupi, terutama yang suam, boleh membantu aliran kahak anda. Air boleh melonggarkan kesesakan dengan membantu menggerakkan kahak anda. Cubalah menghirup apa-apa sama ada jus atau sup ayam. Pilihan air yang baik termasuk teh tanpa kafein dan jus buah yang suam atau air lemon.

3. Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan
Cuba ambil makanan dan minuman yang mengandungi limau, halia, bawang putih atau air kunyit. Ia boleh melegakan hidung bayi tersumbat dan melegakan pernafasan. 

4. Berkumur dengan air garam
Ia boleh membantu mencairkan kahak yang terlekat di bahagian belakang kerongkong anda. Ia juga boleh membunuh kuman dan melegakan sakit tekak
Hirup sedikit campuran garam dan air kemudian condongkan kepala sedikit ke belakang. Biarkan campuran tersebut mencuci tekak anda tanpa meminumnya dan berkumurlah untuk 30-60 saat, dan kemudian ludahkan ia balik. Ulangi lagi jika perlu.

5. Teknik tepuk percussion
Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu ke setengah jam bagi mengelak muntah. Anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah perut. Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan luruskan kaki. Bentukkan tapak tangan seperti cupping dan tepuk perlahan belakang anak. Tepuk selama 15 minit. Kemudian, alih dari kiri dan kanan tubuh anak. Tujuannya untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru. Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah. 

6. Ubat sapuan
Balm sapuan, seperti CFRUB Tasneem Naturel mengandungi minyak pati cypress dan oren untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. 

Ibu boleh menggosoknya ke dada, T- zone hidung, tulang belakang, tapak kaki dan leher tiga kali setiap hari.



Jika keadaan anak ibu tidak memberangsangkan, jangan tunggu. Sila rujuk  doktor yang  di klinik atau hospital untuk rawatan nebulizer, sedut kahak atau on antibiotik . 

Ibu yang berminat untuk tahu tentang CF Rub Tasneem Naturel boleh terus hubungi

Wasap Sini



Comments

Popular posts from this blog

SET BABY SPA TASNEEM

BABY SPA SET Kalian pernah dengar tak tentang baby spa? Ala kedai baby spa di shopping mall selalu ada. Ummi tak bekesempatan nak bawa anak anak ummi berspa di situ. Banyak kelebihan baby spa tu tau rupanya. Bayi akan dimandikan dalam bath tub khas dan bayi akan diurut secara esklusif. Wah dah macam mak berspa lepas bersalin. Mesti syok kan? Bayi pasti rasa selesa dan tidak meragam. Ha disebabkan tak semua ibu mampu nak bawa bayi berspa di shopping mall, Tasneem Naturel bakal nak keluarkan SET BABY SPA TASNEEM tau. Sekarang baby pun boleh berSPA dari rumah. Ada tiga unit penting dalam SET BABY SPA TASNEEM 1. Head To Toe 2. Massage Oil 3. Lotion Yang penting ia natural dari plant based. Tiada SLES. Tiada bahan bahan kimia petroleum. So tak perlu ragu - ragu. Ia boleh dikatakan set kelengkapan bayi yang cukup untuk penjagaan kuli bayi. 3 CARA PENGGUNAAN BABY SPA SET 1. Mandikan bayi dengan Head To Toe secara lembut. Dalam head to toe ini ada...

8 Kelebihan bermain jigsaw puzzle

Jigsaw Puzzle Tahukah anda puzzle adalah satu alat mainan yang bagus untuk kanak- kanak? Banyak kelebihan bermain puzzle bagi anak-anak ini, antaranya:- 1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna. 2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle. 3-Melatih pemikiran logik 4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle 5- Meningkat pengetahuan ttg bentuk n ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle. 6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa untuk berbual dengan kanak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama2. 7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk se...

Minyak Pati Lavender

🌸 Minyak pati lavendar 🌸 Dulu ummi tak berapa suka bau lavender ni tau. Mungkin terbiasa bau yang sintetik punya kot. Tapi dah berubah bila bau sleep time balm. Dalam tu kan ada eo lavender. Bau yang harum dan  perlahan perlahan buat kita rasa rileks.  Bila relaks dan hormon tak terganggu. Automatik bila nak tidur terus mengantuk. So far memang membantu anak anak akak rileks dan tenang sebelum tidur. Kan bagus bila diorang tidur dalam mood yang baik. Hihi Apa fungsi minyak pati lavender?  Minyak pati lavender membantu : 🍃memperlahankan sistem saraf,  🍃memberi rasa relaks, meningkatkan mood bagi mereka yg mengalami masalah tido serta meningkatkan kualiti tidur 🍃mood yg lebih stabil dan penumpuan yg lebih baik. Berminat untuk dapatkan balm Tasneem. Sila hubungi terus di link ini. Whatsapp/ SMS :  013-5157172    Facebook :  Masrurah Hairudin Page:  Ummi Kids Nature IG:  Tasneem N...